Senin, 24 November 2014   |   Tsulasa', 1 Shafar 1436 H
33
Anda pengunjung ke
Sejak 01 Muharam 1428
( 20 Januari 2007 )
IMAGE GALLERY
AGENDA

 

RESENSI BUKU

30 April 2007

Kesenian Melayu

Kesenian Melayu















Judul : Kesenian Melayu
Pengarang : Rahmah Buang , Nor Azlin Hamidon
Penerbit : Akademi Pengajian Melayu, Uni. Malaya
Genre : Bahasa
Mukasurat : 240  halaman
Cetakan Kedua : 2004
ISBN : 9832085373
Nombor siri : 2941116
Status Stok: Stok masih ada
Harga : RM28.00
 

Buku ini dihasilkan secara usahasama oleh dua orang pensyarah Jabatan Kesenian Melayu di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya; iaitu Profesor Datin Dr. Rahmah Haji Bujang dan Puan Nor Azlin Hamidon. Mereka merupakan pensyarah bagi kursus JFEA 1101 Pengantar Kesenian Melayu, di mana kursus itu adalah untuk pelajar tahun satu di Jabatan Kesenian Melayu. Buku ini dihasilkan sebagai modul pembelajaran bagi kursus JFEA 1101 khasnya, dan boleh dijadikan bahan utama untuk mengenali seni rupa dan seni persembahan Melayu. Hakikatnya belum ada sebuah buku yang memperkatakan tentang kesenian Melayu dengan begitu meluas dan mencakupi pelbagai genre dan bentuk kesenian Melayu. Bahagian seni rupa umpamanya, membicarakan mengenai seni lukis, seni tekstil dan busana, seni bina dan seni ukir bagi memperlihatkan beberapa perkara teras yang menunjangi seni rupa Melayu. Bahagian seni persembahan pula menumpukan kepada seni tari, seni muzik dan nyanyi dan seni lakon. Buku ini turut memberi tumpuan kepada aspek sejarah dan teori seni selain memberi keutamaan pragmatik kepada aspek bentuk seni itu. Keseluruhan buku ini dapat memberikan gambaran bukan sahaja dari segi bentuk keseniannya, bahkan menyorot perkembangan yang berlaku sejak zaman Melayu tradisi hinggalah ke era globalisasi. Adalah diharapkan buku ini dapat membekalkan pelajar dengan asas pengetahuan berkenaan kesenian Melayu, supaya membuka minda dan minat mereka kepada hasil-hasil seni yang mengisi kehidupan manusia dalam dunia Melayu.


Kandungan :

PENGENALAN

BAHAGIAN I : SENI RUPA MELAYU

1.0 Sejarah Evolusi Dan Perkembangan Seni Rupa Melayu

1.1 Latar Teoretis Seni Rupa Melayu

1.2 Kesan Sistem Kepercayaan Ke Atas Seni Rupa Melayu

1.3 Seni Rupa Dan Upacara

1.4 Sumber Inspirasi, Manifestasi Dan Bahan

1.5 Estetika Seni Rupa Melayu

1.6 Etika Seni Rupa Melayu

1.7 Fungsi Seni Rupa Melayu

BAHAGIAN II : SENI PERSEMBAHAN MELAYU

2.0 Latar Teoretis Seni Persembahan Melayu

2.1 Seni Persembahan Melayu

2.2 Identifikasi Kehidupan Dalam Seni Persembahan Melayu

2.3 Genre Seni Persembahan

2.4 Seni Muzik Dan Nyanyian Melayu

2.5 Seni Tari Melayu

2.6 Estetika Seni Tari Melayu

2.7 Seni Lakon Melayu

PENUTUP

I. Kesenian Melayu : Kini Dan Masa Depan

II. Kesenian Melayu Dalam Cabaran Era Globalisasi : Mengekal Identiti Mengukuh Peribadi

BIBLIOGRAFI

Sumber: www.ujanailmu.com.my
Dibaca : 6081 kali.